Feeds:
Posts
Comments

Apa agama Nabi Ibrahim?

Apabila kita berada dalam masjid untuk bersolat jemaah, siapakah yang akan ditolak untuk menjadi imam? Lelaki yang berjubah dan berjanggut panjang atau lelaki yang hanya berseluar jeans?

Saya pasti, kebanyakan daripada kita sudah tentu akan menolak si lelaki yang berjubah tadi, walaupun tidak kenal latar belakangnya. Malah, mungkin ada orang yang melihat lelaki berseluar jeans tadi sebagai pelik – pakaian yang tidak sesuai untuk bersolat. Kan elok kalau dia tukar pakai kain pelikat dulu…Situasi ini boleh berlaku di Malaysia, terutamanya di kampung-kampung.Mujurlah hal tersebut tidak berlaku di UK ini.

Sama ada sedar atau tidak, ramai di kalangan kita mengukur ke”Islam”an seseorang pada pakaiannya.

Begitu juga, ada orang yang beriya-iya memperjuangkan status Islam pada IC orang lain, sedangkan orang itu sudah pun mengisytiharkan secara terbuka ke seluruh dunia yang dia telah murtad. Adakah mengekalkan nama dan status Islam pada IC itu akan menjadikan dia terus Islam?

Begitulah, ada orang mengukur ke”Islam”an seseorang pada nama dalam IC.

Justeru, kita pun bertanya, apakah sebenarnya yang dinamakan Islam?

إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

“(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (2:131)

Perkataan “aslim” itu bermakna “berserah dirilah”, dan Nabi  Ibrahim pun menjawab “aslamtu” – “aku berserah diri”. Ini menunjukkan asal perkataan “islam” ialah “serah diri”. Mengapa saya menulis “islam”, bukan “Islam”? Mudah sahaja, kerana “serah diri” itu ialah kata kerja(perbuatan), bukan kata nama.

Cuba perhatikan contoh dua individu ini:

A: “Saya solat.”

B: “Saya Solat.”

Huruf “S” pada si B dieja huruf besar kerana nama dia sendiri ialah Solat. Jadi, walaupun si B tidak sembahyang, dia boleh sahaja sebut “saya Solat”, kerana itu namanya, berbanding dengan si A yang kena sembahyang betul-betul, baru boleh cakap “Saya solat”.

Nah, berapa ramai dari kita yang mengaku “aku Islam”, tetapi tidak melakukan perbuatan “serah diri” kepada Allah? Kita boleh terus menyebut “aku Islam” beribu-ribu kali, tapi pada hakikatnya jauh daripada pengamalan islam yang dikehendaki oleh Allah.

Kesimpulannya, ukuran islam itu tidak terletak pada nama, pakaian,keturunan, dan ilmu seseorang. Sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran Allah dan Rasul, maka dialah orang islam.

Oleh itu, salah sekiranya kita mengatakan pengikut ajaran Nabi Isa itu orang Kristian dan pengikut ajaran Nabi Musa itu orang Yahudi. Mereka semuanya adalah islam.

هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا

“..Dia menamakan kamu: Orang-orang islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini..” (22:78)

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلاَ نَصْرَانِيًّا وَلَكِن كَانَ حَنِيفًا

مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.” (3:67)

Kebiasaannya, selepas solat maghrib berjemaah di prayer’s room university, akan ada sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Dr Kannan, seorang brother yang berasal dari Syria – beliau sudah bekerja dan berkahwin di sini. Kadang-kadang ada juga brothers lain, termasuk student Melayu yang memberanikan diri memberi tazkirah. Caranya mudah sahaja – ambil kitab Riadhus Solihin, baca satu bab dan kemudian syarahkan apa yg difahami.

Cumanya, saya agak tertarik dengan kata-kata beliau(Dr Kannan) sejak beberapa hari lalu, iaitu: ” ..our deen has been changed, from the deen of musyahadah, to the deen of mutola’ah..”

Deen of “musyahadah” ertinya agama yang disaksikan/dilihat(pada penganutnya), sedangkan deen of “mutola’ah” ertinya agama yang dibaca(pada buku/leaflet).

Inilah tragedi yang melanda umat Islam pada hari ini. Jika pada zaman Rasulullah dan sahabat, Islam itu ada pada diri mereka – keperibadian, cara berpakaian, cara bermuamalah, percakapan. Dalam sebuah hadith, apabila Aisyah r.a. ditanya tentang akhlak Nabi, maka dijawabnya akhlak Nabi ialah Al-Quran. Begitulah yang disaksikan juga pada generasi awal umat ini sehinggakan Syed Qutb menyebutkan mereka sebagai “generasi al-quran yang unik” -manusia yang dicetak Al-quran pada diri mereka sendiri.

Kota Madinah al-munawwarah begitu bercahaya dengan kilauan iman dan akhlak penduduknya yang ditarbiyah oleh Nabi. Kalau dari segi taatnya, turun saja ayat Al-Quran terus diamalkan tanpa bertangguh. Sehinggakan apabila ayat pengharaman arak diturunkan, banjirlah sekeliling kota dengan air arak yang dipecahkan tempayannya. Kalau dari segi ukhuwwahnya, sudah sampai ke puncaknya- yakni ithar. Apabila seorang jiran menerima kepala kambing(bahagian yang paling disukai) daripada jiran yang lain, pemberian itu diberi pula kepada jiran yang lain, sehinggakan kepala kambing itu akhirnya kembali kepada si pemilik asal. Melihat akhlak orang Islam sahaja, yang bukan Islam tertarik untuk menganut islam.

Ini semua bukan cerita dongeng. Ia telah tercatat dalam sejarah yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Malangnya, kini apabila ada orang bukan Islam mahu tahu tentang Islam, kita terpaksa memberi mereka Quran terjemahan, leaflet dan cd tentang Islam. Ambil, dan bacalah sendiri – inilah dia yang dikatakan “deen of mutola’ah”.

Itukah dakwah yang difahami oleh kita?                                                                                                                                                                Di manakah generasi Al-Quran yang menjadi “leaflet bergerak” suatu masa dahulu?

Bukanlah suatu yang mustahil untuk mengembalikan generasi itu, kerana Al-Quran masih terjaga, dan sunnah Nabi ada dicatat. Yang kita perlukan ialah proses tarbiyah mengikut manhaj yang benar, seperti yang dilalui oleh para sahabat.

“Generasi terakhir ummah ini tidak akan berubah kecuali dengan cara yang digunakan bagi mengubah generasi awal.” -Imam Hasan al-Banna (Antara Semalam Dan Hari Ini)

Walaupun blog ini bernama Ini Sejarah Kita(ISK) , mungkin ramai yang berasa agak pelik kerana artikel2 dan bahan2  yang saya upload tidak banyak mengenai modul ISK itu sendiri (bagi yang belum pernah mendengar penyampaian ISK dan tidak ada idea langsung tentang apa itu ISK, jangan segan2 untuk bertanya bila dan di mana program ISK yang seterusnya).

Apabila disebut ISK, ramai yang mungkin terbayang graf turun naik umat Islam, hadith logam, kisah robot  dicabut bateri, madrasah Rasulullah, Sumayyah yang syahid sebelum berhijab, pak mat dan pak tam  si penangkap ikan, lawyer memperkudakan engineer, lasso-melasso, kehebatan Muhammad al-Fateh dan tenteranya, Umayyah vs Abbasiyyah,  Barat yang dilanda budaya hijau, Utbah membawa kuda ke Laut Atlantik, tamadun yang berdakwah dan lain2. (kalau tak faham istilah2 ni, memang sure kena pergi dengar ISK ..)

graf yang telah membuka mata hati ramai orang

graf yang telah membuka mata hati ramai orang

Saya akui, tujuan asal saya menulis blog ini adalah bagi mempromosikan perkara2 tersebut. Tetapi, jika diteliti dengan lebih mendalam, ISK itu sebenarnya membawa mesej yang sangat luas. Pendengar yang berbeza bisa saja mendapat pemahaman yang berlainan setiap kali mengikuti penyampaian ISK. Saya sendiri sudah tidak ingat berapa kali menadah telinga dan mata(jangan lupa hati!) mengikutinya – yang penting lebih daripada 10 kali.. Dan setiap kali itu jugalah saya beroleh kefahaman baru dan dapat melihat dari sudut pandang yang lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan ISK boleh diekstrapolasi hingga menjadi kerangka pemikiran(mindset) dan manhaj hidup seseorang muslim.

ISK menjawab tujuan hakiki  kita diciptakan ke dunia, mengapa dunia sebegini parah, apakah di sana ada harapan untuk perbaikan, tindakan yang patut diambil seorang yang mengaku dirinya muslim, dan bagaimana langkah bermula harus disusun.

Justeru, segala bahan dan artikel dalam blog ini adalah luahan fikrah hidup dan manifestasi amal seorang individu yang begitu terkesan oleh ISK.

Explorace Lamb Ribs

Weekend yg lepas, saya berkesempatan mengikuti Explorace di Manchester bersama ikhwah2 serata UK. Disebabkan xde masa nak tulis pengalaman sendiri, dan terjumpa pulak entry best sorang member ni yg satu kumpulan pula dengan saya, so saya post kan sajalah entry dia ni. Banyak pengalaman saya lebih kurang sama jer mcm dia.

assalamualaikum wbt..

ni merupakan post pertama bulan mac..da lame x menulis,mungkin kerana byk keje..mungkin juga kerana ade komitmen laen..tp yg pasti, kemalasan lah yg mendapat peratusan tertinggi klu dibuat survey sbb2 lambat update blog..hehe :p (sekadar intro)

bila sebut perkataan lamb ribs, mesti terlintas Manchester di akal fikiran, lbey2 lagi undergraduates kt Leeds nie..klu sebut psl Manchester plak..klu org luar,mesti mereka lebih menjurus kepada Manchester United atau Old Trafford, tp tidak pada kami..walaupun tidak sampai 6 bulan bermukim di bumi UK ni, bile sebut Manchester, Rusholme laa yg menjadi pujaan hati..dan di sini lah kite bley jumpe hidangan terhebat di bumi UK ni, lamb ribs KFC (mcm promote la plak)..KFC bukan asal dari Kentucky, tp Krunchy~~hehe :p klu kt Msia kite ade syurga langsir kt Tangkak, kt cni ade syurga makanan plak~~ (xtau syurga mknn kt Msia ape =pp)

tp kita tinggal kn dlu ape2 psl lamb ribs nie..bukan itu yg ingin dibicara kn, tp xtvt yg telah dijalankn pada sabtu yg lepas..atas inisiatif Nugeb dan rakan2ny, telah diadakan Tamrin Rijal..name komersil ny, EXPLORACE laa kn~~klu nk lagi komersil, TREASURE HUNT~
mmg menarik idea dorg..lbey2 lg bab kne jln kaki 1 manchester..pedih beb..smpi skrg x ilang lg sakit nih~~haha =pp lg mencabar dari pengalaman berjalan kaki dari RCSI ke UCD..(igt kn dekat..haha )

nk dipendekkn cite,ak dpt satu grup ngn Pojie Soton ngn Wan Jo Lancaster..bukan nk bangga la kn..tp kitorg lg cket je nk mng..haha :p tp alhamdulillah, sume cekpoint berjaya ditemui tanpa masalah..kitorg jln,tau2 je jumpe dorg..mmg Allah permudahkan laa.. Masya ALLAH~~Allah telah berkehendak akan hal itu~~ tanpa bantuanNya mungkin kami smpi lambat, pas2 menyebabkn kawan2 yg smpi awal kne tunggu dalam kelaparan, menanti dgn sabar walaupun da ade mknn yg sedap depan mata~~

“Sesungguhnya menanti sahabat yg sedang berjuang menuju ke garisan penamat adalah lebih mulia dari menikmati nikmat Tuhan di kala ada di kalangan kita yg sedang menderita”

syukur, x smpi dua jam kemudian..dengan segala kudrat yg ade..kumpulan Hazman (bkn name sebanar) berjaya menemui jalan yg benar..sambutan mcm VIP diterima mereka~~
dan ganjaran nye, NASI LEMAK BERSAMA SAMBAL YG SGT SEDAP menjadi juadah pengalas perut pd akhir perlumbaan..ditekan kn sekali lagi,hanya pengalas perut~~

breakfast dan taaruf sebelum explorace

breakfast dan taaruf sebelum explorace

Explorace bermula

Explorace bermula

gambar-21

boleh guna basikal ke? xpe,dia organizer

sambil mencari checkpoint, kena hafal ayat

sambil mencari checkpoint, kena hafal ayat Quran !

klu nk describe secara detail mungkin x cukup mase dan tenaga kot, memandangkan assignment 2000 words essay pon x siap lagi..hmmm,tp nk kate kt cni..KEMENANGAN YG SEBENAR hanyalah milik Allah SWT..bak kate saudara Pian, kita punye hidup ni, kite perlu ade matlamat, dan kite tau ape yg kite perlu utk capai matlamat 2..dan sesungguhnya matlamat yg plg besar..yg patot ade pada setiap individu bergelar MUSLIM adalah syurga yg kekal abadi..

nk dijadikan analogi kt cni..dlu mase kecik2 mesti kite dah ade cita2 kn..klu diri ni sendri,cita2 mmg sntiase berubah2..darjah 1 nk jd arkitek sbb name die mcm bes..pas2 naek darjah 4 cam2 nk jd akauntan,pas2 dari form 3 smpi la dlm form 5 nk jd engineer plak..tp engineer nie kn byk cabang..mase form 3 igt nk wat civil engineering, pas2 da nk dkt2 form 5 tuka nk wat aeronautik plak..tp sbb benci gile ngn fizik time 2, plus mase apply scholarship JPA die x ltk option KEJURUTERAAN yg spesifik..ade kejuruteraan Jepun,Korea, ngn France klu x silap, so ngn selambe nye ak pilih PERUBATAN..zassss~~mantap x~~haha :p tp rupe2 nye rezeki ak bkn nk jd doktor~~ ak plih kos laen yg pada fikiran ak time secara ikhlasnya,ak x tau langsung mende ape yg ak akan belajaa nnt..yg ak tau,ak x nk belaja fizik dah~~haha :p alamak,da jd cite laen la plak..

berbalik kpd analogi td, bile kite bercita2 nk masuk bidang Sains, mesti laa kite perlu berusaha utk masuk sekolah aliran Sains..xkn plak nk masuk Sekolah Teknik or Vokasional kn ( no offense)..so, bile kite masuk Sekolah Sains misalnye,kite da bley nmpk yg cita2 kite semakin dekat..dan cite2 xkn tercapai dgn hanya masuk sekolah yg terbaek je..kite perlu gak usaha utk mencapai apa yg diperlukan utk masuk uni plak..jadi dari analogi ni,cube kite filirkan kembali pada CITA2 AGUNG kite..untuk mencapai al-JANNAH..sume org tau,klu nk ke sane kne AMAL MAARUF NAHI MUNKAR..so,ape usaha kita?? xkn nk wat baek jee tanpa strategi..di sini lah peri penting nye program USRAH sbg contoh, andai masa ini je la yg kite ade utk muhasabah kembali diri sendri..utk saling mengingati dan utk mkn bersama2(optional ;p)

Kudos buat teman2 Manchester yg berjaya dlm task mereka..semoga usaha mereka menaekkn semangat lokaliti laen utk same berjuang aktif dlm seni kehidupan ini..AMEEN~~

Wallahua’lam~~

Dipetik daripada   http://shahremyjaies.blogspot.com/2009/03/explorace-lamb-ribs.html

Kita Bukan malaikat..!

Jaga-jaga dari takabbur dan taajub dengan kerja dan cara kerja kita.
hasil adalah dari Allah .. bukan hasil tangan kita..w/pun nampak hasil kejayaan kerja kita.
syaitan akan datang untuk merosak amal kita. jika tidak ia akan datang untuk merosak pahala kita.
kita cuba yang terbaik. kita mungkin dapat mengikut jalan yang terbaik .. tapi mungkin kita tidak mendapat pahala terbaik !
ketika kita mendapat hasil dari kerja tangan kita, kita mula merasai kita adalah terbaik. mata mula tertutup untuk melihat hasil kerja orang lain.
Betapa mudah syaitan menyia-nyiakan pahala amalan kita…
Betapa banyak orang yang hasil kerja tangan mereka kurang, tapi mereka
mendapat pahala yang lebih banyak dari kita kerana keikhlasan mereka dan
rasa tunduk mereka terhadap lemahnya diri mereka. Mereka merasai tidak
mencapai lagi tahap yang dicapai oleh orang lain yang kelihatan hebat.

Di mana tahap kita? berjaya mendidik dan mentarbiyyah ramai manusia, tajmik yang berjaya? tapi apakah kita memandang kitalah yang terbaik?
Pandangnya kita terhadap diri kita bahawa kita adalah terbaik, itulah tanda kita adalah tidak terbaik pada diri kita, w/pun amalan kita memberikan hasil terbaik.

Jadi …
jaga-jaga .. jangan pahala kita tidak sepadan dengan hasil tajmik, dakwah dan tarbiyyah yang kita lakukan.. pahala menjadi kecil atau langsung hilang sedangkan kita sepatutnya berhak mendapat pahala terbaik. hanya kerana pandangnya kita terhadap hebat diri kita, dan tidak hebatnya orang lain.

Seruan ini bukan untuk mengajak kita semua mengurangkan kerja yang kita
lakukan… tapi untuk membersihkan kita dari penyelewengan yang mungkin
berlaku ketika kita gembira melihat hasil.
Ayuh maju lebih kuat bekerja… dan lebih berjaga-jaga dengan diri yang
sentiasa diintai oleh syaitan di dalam urat-urat diri kita…

Dipetik daripada  http://muntalaq.wordpress.com/

Saya dan Hasan al-Banna

Hari ini, tanggal 12 Februari tahun 2009 genaplah sudah 60 tahun pemergian Imam As-Syahid Hasan Al-Banna (ISHAB), seorang tokoh besar bagi umat Islam dan manusia seluruhnya.

Saya cuba mengimbau kembali pengalaman saya berkenalan dengan nama besar ini.

Seingat saya, kali pertama saya mendengar nama ISHAB disebut ialah sewaktu di Tingkatan 4 dahulu. Kalau tak silap, surau kami di asrama putera MOZAC telah diberi nama Madrasah Hasan al-Banna oleh senior-senior kami. Wah, dahsyat sungguh senior kami tu – mengambil kira pemahaman saya sekarang ini terhadap maksud “madrasah Hasan al-Banna”.

Namun, saya hanya mengenali ISHAB dengan lebih mendalam ketika mula mengikuti “usrah seposen dua posen” di kolej A-Level. Sehari demi sehari saya dan teman-teman seusrah difahamkan tentang apa itu usrah dan sejarahnya oleh sang  naqib. Sehinggalah di dalam satu program, kami diperkenalkan secara terperinci tentang ISHAB, melalui sebuah buku ringkas yang diterbitkan oleh The Islamic Foundation & FOSIS berjudul “Letter to a Muslim Student in the West”.

pc230055

Tak sangka saya boleh jumpa balik buku ni dekat surau universiti

Kupasan yang menarik oleh si penyampai (bekas ikhwah MSM UK-Eire, tapi saya sudah lupa namanya…), membuatkan saya sangat teruja kepada ISHAB. Saya kagum pada ketekunan beliau dalam meng’islah’ umat Islam yang ketika itu sedang celaru seperti anak ayam kehilangan ibu akibat kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah pada 1924. Sebenarnya, lama sebelum itu lagi, umat Islam sudah pun kehilangan identiti mereka, baik dari segi berpakaian, berhibur, dan berfikir(akidah).

ISHAB memerhatikan keadaan umat, mendalami kitab-kitab, mengkaji sirah Nabi s.a.w. dan kemudiannya beliau mengambil manhaj yang diguna oleh nabi dalam usaha dakwahnya. Bermula dengan seorang diri, gerakan dakwah beliau terus berkembang dengan penyertaan individu-individu yang telah tersedar. Melihat kepada besarnya tugas dakwah dan keperluan bekerja secara berjemaah, maka beliau dan 6 rakannya menubuhkan Jamaah Ikhwanul Muslimin(J-IM) pada bulan Mac 1928.

Saya kagum lagi apabila diberitahu tentang kejayaan IM yang berkembang begitu cepat. Muham­mad Syauqi Zaki mencatatkan:

“Di Mesir saja, jumlah anggota Ikhwan yang betul-betul bergiat (aktif) menjangkau angka setengah juta (500,000) orang. Jumlah penyokong dan pembantu pula melebihi setengah juta orang. Terdapat dua ribu cawangan di Mesir dan lima puluh cawangan di Sudan. Banyak lagi cawangan dibuka di negara-negara Arab yang lain.”

Maka barulah saya faham mengapa kaum wanita kita pada tahun 50-an dan 60-an dahulu tidak bertudung (seperti yang boleh dilihat dalam filem dan gambar lama), tetapi keadaannya kini berubah. Ia adalah hasil penyebaran fikrah IM yang begitu meluas ke seluruh dunia Islam.

Satu yang menarik tentang ISHAB ialah beliau tidak menulis kitab-kitab yang tebal sebaliknya sekadar risalah-risalah pendek tetapi padat yang kemudiannya dihimpunkan menjadi Majmu’ Rasail. Apa yang lebih penting ialah beliau mencetak individu-individu Muslim sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap sahabat-sahabat baginda.


pc230046

Fikrah IM tersebar begitu meluas, hampir semua gerakan Islam pada hari ini mengambil manfaat daripadanya

Kini, sudah hampir 4 tahun setengah saya berusrah(belum ditolak beberapa waktu menghilangkan diri..). Murobbi/naqib juga sudah banyak kali bertukar. Tetapi sungguh jauh rasanya diri ini jika mahu dibandingkan dengan usaha yang telah ISHAB lakukan.

Ketika diminta untuk memperkenalkan diri oleh seorang wartawan, ISHAB berkata:

“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati,merdeka,tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa?”

Saya bertanya kepada diri sendiri, siapa pula saya?

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya).” (Al-Ahzab, 33:23)


msm

sila klik pada imej untuk versi lebih jelas

Tarbiyyah Melawan Nafsu

Suatu masa dahulu saya cukup kritikal apabila ada penceramah atau kawan-kawan yang mengatakan “jihad yang paling besar ialah jihad melawan hawa nafsu”. Bagi saya, kata-kata itu tidak lebih sekadar alasan untuk memperkecil-kecilkan  usaha dakwah yang mereka malas nak buat. Justeru, kata-kata tersebut yang didakwa sebagai hadith Nabi menjadi hujah bahawa kita perlu “menjadi baik” terlebih dahulu sebelum bergiat di lapangan dakwah, apalagi mahu berjihad melawan musuh Allah.

buku-nafsu1

Kata-kata tersebut bukanlah hadith sahih daripada Nabi, seperti mana yang dikomentar oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah di dalam Majmu’ Fatawanya.      Ia merupakan kata-kata salaf yang berbunyi “kita kembali dari jihad terkecil (perang melawan orang kafir) menuju jihad terbesar, yakni jihad melawan    hawa nafsu.”

Namun, kini  saya merasakan yang kata-kata tersebut ada kebenaran maknanya  sekalipun mereka  yang mengungkapkannya mungkin mempunyai niat yang berbeza-beza. Saya bukanlah seorang daie besar ataupun akh yang mantap, tetapi pengalaman sehari dua berada di atas  jalan tarbiyyah dan usrah telah membuktikan bahawa nafsu merupakan problem terbesar yang perlu dihadapi  selepas syaitan. Jika Allah menyebutkan dengan jelas tentang ancaman syaitan  dan kewajipan perlawanan menentangnya (35:6), begitu juga akan nafsu sepertimana firman-Nya:

ayat-nafsu-last2

“Sudahkah engkau(Muhammad) melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?” (Al-Furqan,25:43)

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Yusuf, 12:53)

Nafsulah yang menjauhkan diri seseorang daripada berdakwah, menjadi pembantu agama Allah(ansorullah), malah untuk “menjadi baik” sekalipun. Nafsu merupakan penghalang utama. Sebab apa kita tidak mahu ikut usrah? Adakah sebab usrah itu tidak betul? Atau adakah sebab kita bimbang kalau ikut usrah nanti kena tinggalkan main game, layan movie, bercouple dan duduk rileks kat bilik? Bukankah nafsu kepada kehidupan jahiliyah  ini yang mengunci hati kita daripada berubah?

Bagi mereka yang sudah berada di atas jalan tarbiyyah dan dakwah, nafsu tetap perlu diawasi. Jangan sampai kita buat sesuatu aktiviti dakwah mengikut selera sendiri. Antara tanda-tandanya ialah memilih-milih program yang mahu disertai dan  suka invent program sendiri sedangkan tugas yang diamanahkan kepadanya tidak siap-siap. Perkara ini begitu sulit disedari, kerana ianya bukan objek 3-D yang boleh dilihat dan dipegang. Ia tersembunyi di dalam diri, mengalir bersama darah dan denyut nadi kita. Bukan mudah untuk membanterasnya. Sentiasalah muhasabah diri antum dan ingat-mengingatkan. Justeru dalam hadith ke-41 Matan Arbain, Rasulullah menyebut:

hadith-nafsu1

“Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa

Di sini terletaknya kepentingan tarbiyyah menundukkan hawa nafsu sebelum menjadi ansorullah. Tidak timbul persoalan orang yang sibuk buat tarbiyyah akan mengabaikan dakwah kepada masyarakat… Disebabkan  tarbiyyah itu sendirilah yang  membuang halangan (nafsu) dalam diri seseorang untuk berdakwah. Saya teringat kata-kata seorang ustaz, “tarbiyyah  menyiapkan diri kita untuk menjadi ansorullah”.

Marilah kita sama-sama muhasabah diri – selama kita berada di jalan tarbiyyah dan dakwah ini, sejauh mana kita telah berjaya menundukkan nafsu kita? Bermujahadahlah memerangi hawa nafsu kita. Jangan pandang remeh, ia syarat ke syurga!

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” (An-Naziat, 79:40-41)

Bagi mereka yang masih belum mengikuti usrah, marilah bersama-sama mengikuti sistem tarbiyyah ini. Carilah murobbi/naqib di tempat anda.

Tarbiyyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Alhamdulillah, paper terakhir untuk semester satu – Control Systems Design telah selamat dijawab semalam. Masih tinggal beberapa hari lagi sebelum semester dua bermula minggu depan. Terasa dada ini begitu lapang sekali selepas berminggu-minggu diselubungi dengan persoalan “aduh…tak study lagi nih..”.

Tentu ramai di kalangan kita yang sangat cemas bila berhadapan dengan exam. Kita rasa seolah-olah di dalam dunia ini kitalah orang yang paling sibuk mengejar masa. Minggu exam terasa bagai berada di zon perang – masa makan kena limit, tidur ala kadar, tak buka email, tak jawab telefon, dan ada yang sampai tak mahu ke masjid untuk solat berjemaah – takut nanti perjalanan pergi dan balik masjid akan membuang masa-masa berharga untuk study.

boystudy

Begitu jugalah dengan program-program dakwah dan tarbiyyah. Hampir semuanya ditangguhkan sementara waktu. Dauroh, jaulah, mukhayyam tidak boleh diadakan pada waktu ini. Usrah pun mahu dijadikan mangsa. Jika sebelum ini, usrah selama empat jam, musim exam sudah diqasar kepada satu atau dua jam.

Akhirnya, saya terfikir – musim exam yang baru berakhir ini, saya bersibuk atau berehat sebenarnya? Jika saya rasa saya sibuk, boleh jadi saya akan berehat selepas ini. Jika saya rasa saya berehat, maka sekarang masanya untuk kembali sibuk !

Semoga diri ini termasuk dalam kalangan mereka yang membantu agama Allah, agar nanti layak beroleh pertolongan dari-Nya.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong(agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (47:7)

Ghazwah Hunain terjadi pada tanggal 10 Syawal tahun 8 Hijrah , iaitu beberapa hari selepas pembukaan Mekah (20 Ramadhan,8 Hijrah). Sebabnya ialah rasa cemas dan takut pemimpin-pemimpin Hawazin dan Thaqif melihat kejatuhan Mekah ke tangan Rasulullah SAW. Selepas Quraisy di Mekah, sudah pasti mereka target Rasulullah seterusnya, fikir mereka. Atas sangkaan inilah, maka mereka bersiap-siap untuk menyerang Rasulullah dan kaum Muslimin terlebih dahulu. Malik Bin Auf, pemimpin Hawazin telah diangkat sebagai panglima perang, dengan kira-kira 20 000 orang tentera.

Rasulullah yang mendapat tahu hal ini telah keluar dari Mekah untuk memerangi mereka. Bersama baginda ialah 12 000 kaum Muslimin, terdiri daripada kira-kira 10 000 sahabat yang menyertai Fathul Mekah, dan 2000 “muallaf” warga Mekah yang baru masuk Islam. Namun, sampai di Wadi Hunain, mereka diserang hendap dalam kesuraman Subuh oleh tentera musuh, menyebabkan pasukan tentera Muslimin hilang arah dan bercerai-berai.Kebanyakan mereka lari meninggalkan Rasulullah pada saat-saat genting tersebut, hingga Nabi terpaksa memanggil mereka kembali dengan kata-katanya yang cukup mengharukan:

“Aku Nabi. Aku tidak berdusta. Aku anak(keturunan) Abdul Mutalib.”

Ada riwayat lain menyebut:

“Aku Rasulullah”.

Tatkala itu, beberapa sahabat kembali mengelilingi Nabi dan meneruskan jihad bersama-samanya.Jumlah mereka dikatakan lebih kurang 100 orang. Akhirnya, kemenangan kembali berpihak kepada kaum Muslimin dan musuh melarikan diri.

Medan Hunain ini telah memberikan pengajaran yang banyak kepada kaum Muslimin.Betapa jumlah mereka yang ramai itu (12000) tidak mampu menghadirkan sebuah kemenangan. Ada di kalangan mereka yang berasa megah dengan bilangan yang ramai, ada pula muallaf yang masih menyimpan rasa benci terhadap Islam dan ikut berperang dengan jiwa terpaksa. Firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 25-26 yang bermaksud:

‰

“25. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah Dengan sebab bilangan kamu Yang ramai; maka bilangan Yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi Yang Luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

26. kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman, dan Allah menurunkan tentera Yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan Yang membawa kehancuran); dan Yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang Yang kafir.”

Oleh itu, kita tidak sepatutnya berasa senang dan lega apabila ahli telah ramai, kerana jika kekuatan roh dan spiritual tidak ada, kita sebenarnya hanya mengumpulkan angka-angka kosong yang apabila ditambah mahupun didarab, jumlahnya ialah sifar. Dari sudut yang lain, jangan kita sesekali berasa lemah mahupun gelisah apabila ahli kita sedikit. Pastikan diri kita beriman, kerana di situ akan ada jalan.Bukankah dakwah ini bermula dengan seorang?

“..Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.(2:249)